Thursday, July 15, 2010

My 8 Qs for 3/08/10 DUN sitting

3 are previously submitted Questions that were not answered by Zambry & Co....

Soalan Lisan


1. Pada 26 Okt 2009, trajedi runtuh jambatan Kuala Dipang telah meragut nyawa tiga (3) nyawa budak sekolah yang sedang menyertai Kem 1Malaysia. Sehingga hari ini, keluarga-keluarga mangsa masih menunggu jawapan dan/atau penjelasan daripada pihak berkuasa. Oleh itu, menanya YAB Menteri Besar :-

a) Adakah Pihak Berkuasa Tempatan [Majlis Daerah Kampar] telah mengambil tindakan terhadap pihak-pihak yang telah mendirikan jambatan tersebut tanpa permohonan dan kelulusan daripada Pihak Berkuasa Tempatan ?

b) Adakah Pihak Kerajjan Negeri Perak berhasrat untuk mengumumkan lapuran siasatan trajedi ini kepada orang awam ?

c) Apakah langkah-langkah yang telah di ambil oleh Pihak Kerajaan Negeri Perak untuk memastikan kejadian malang ini tidak berulang lagi ?


2. Pada 2hb Jun 2010, YAB Menteri Besar telah merasmikan pembukaan jambatan separuh siap di Jalan Sultan Idris Shah. Oleh itu, menanya YAB Menteri Besar :-

a) Apakah rasional untuk perasmian sedemikian ?

b) Berapakah kos yang di belanjakan untuk perasmian pembukaan jambatan separuh siap tersebut ?

c) Adakah Pihak Kerajaan Negeri akan mengadakan satu lagi pembukaan rasmi setelah jambatan ini di siapkan dengan sepenuhnya ?


3. Masalah penternak ikan koi di Kampung Bali, Tronoh masih tidak diselesaikan oleh pihak Kerajaan Negeri sehingga hari ini. Masalah ini pernah di kemukakan kepada Kerajaan Negeri untuk penyelesaian pada tahun 2008 dan Kerajaan Pakatan Rakyat telah bersetuju untuk memberikan geran kepada pengusaha-pengusaha ikan koi mengikut tanah yang diusahakan secara insitu. Oleh itu, menanya YAB Menteri Besar :-

a) Apakah polisi/status Kerajaan Negeri BN berkaitan dengan pemberian geran kepada penternak dan/atau pengusaha ikan koi ini ?

b) Bilakah dijangka geran-geran itu akan dikeluarkan oleh Pihak Pentadbir Tanah ?

c) Berapakah jumlah pengusaha yang akan diberikan geran tanah di kawasan penternakan ikan koi tersebut ?


Soalan Bertulis

1. Ada terdapat banyak kes kecurian meter LAP berlaku di rumah kediaman dan kedai di seluruh di Negeri Perak sejak kebelakangan ini. Oleh itu, menanya YAB Menteri Besar menjelaskan :-

a) Berapakah kes kecurian meter LAP yang telah di laporkan kepada LAP dalam tempoh 2005 hingga Jun 2010 ?

b) Kenapa pengguna-pengguna LAP perlu di kenakan caj sebanyak RM 100.00 untuk menggantikan setiap meter LAP yang telah di curi ?

c) Senaraikan nama Kontraktor-kontraktor yang telah di lantik oleh LAP untuk menjalankan kerja-kerja menggantikan meter LAP yang telah di curi.


2. Pada bulan April 2009, Kerajaan Negeri telah mengumumkan kelulusan kawasan perlombongan seluas 34,000 ekar di Pengkalan Hulu kepada sebuah Syarikat iaitu Rahman Hydraulic. Oleh itu, meminta YAB Menteri Besar menjelaskan :-

a) Jumlah premium yang telah dan/atau akan di terima oleh pihak Kerajaan Negeri daripada aktiviti pembalakan yang bakal di jalankan di kawasan tersebut;

b) Apakah rasional Kerajaan Negeri untuk memberi kelulusan kawasan yang sebegitu luas kepada satu Syarikat sahaja;

c) Apakah langkah-langkah ataupun tindakan yang telah dan/atau akan di ambil untuk menjamin pemeliharaan eco-sistem dan juga kepentingan penduduk Orang Asli di kawasan tersebut dari segi sumber keperluan asas dan ekonomi ?


3. Kerajaan Negeri Perak telah mengumumkan dan melancarkan Projek Amanjaya untuk merangsangkan ekonomi Negeri Perak. Oleh itu menanya YAB Menteri Besar :-

a) Berapakah kos peruntukan yang telah di belanjakan untuk menjalankan Projek Amanjaya ini ?

b) Sila senaraikan kegiatan, program atau aktiviti yang telah dijalankan sejak ia ditubuhkan

c) Adakah ini bermakna Projek Koridor Utara yang di lancarkan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia adalah dengan ini tidak lagi menjadi teras pembangunan Ekonomi Negeri Perak.


4. Jalan di antara Jalan Sultan Yusuff dan Jalan Lahat (Little India), Ipoh telah di turap dengan pre-mix tar baru-baru ini. Kemudiannya, bahagian jalanraya yang baru di turap dengan pre-mix tar tersebut telah di korek dan di gantikan dengan “pavement stone”. Ia menunjukkan bahawa PIhak Kerajaan Negeri tidak membuat rancangan rapi dan jangkamasa panjang dalam menjalankan sesuatu projek. Oleh itu menanya YAB Menteri Besar :-

a) Kos perbelanjaan untuk menurap jalanraya tersebut dengan pre-mix tar ?

b) Kos perbelanjaan untuk menurap jalanraya tersebut dengan “pavement stone” ?

c) Adakah Kerajaan Negeri berasa keperluan untuk mengamalkan perbelanjaan berhemah dalam menjalankan projek–projek kemudahan awam seperti ini ?


5. Baru-baru ini, kebanyakan warga Negeri Perak yang telah menerima Notis Kelulusan permohonan lanjutan tempoh pajakan terkejut apabila di minta oleh Pihak Kerajaan Negeri untuk membayar premium yang amat tinggi untuk permohonan pajakan tanah kediaman dan juga rumah kedai di dalam kawasan Kampung Baru, Perak. Ini menrupakan suatu beban yang amat berat kepada warga Perak. Oleh itu, menanya YAB Menteri Besar :-

a) Adakah Pihak Kerajaan Negeri berhasrat untuk mengurangkan pembayaran premium ini sebanyak 80 % sepertimana yang di amalkan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat ?

b) Sila nyatakan jumlah premium yang telah di bayar oleh warga Perak untuk permohonan lanjutan tempoh pajakan untuk tahun 2009.