Tuesday, July 1, 2008

PERAK STATE ASSEMBLY SITTING

The recently concluded Perak State assembly sitting saw us answering Q & A session for the first time. I append herebelow one of the question that was answered by me during the Q & A session :



YB. ENCIK CHAN MING KAI (SIMPANG PULAI)

Isu Menara Telekomunikasi

Baru-baru ini, ramai penduduk mengadu bahawa banyak pemancar telekomunikasi jenis atas bumbung (roof top) telah giat ditubuh di kawasan perumahan khususnya di kawasan Ipoh. Akan tetapi, penubuhan pemancar jenis atas bumbung tidak dihadkan dengan jarak minimum seperti penubuhan menara (tower) telekomunikasi.
Maka, minta Y.A.B. Menteri Besar menjawab :

(a) Adakah Kerajaan Tempatan Negeri Perak bercadang untuk mewujudkan syarat jarak minimum sebagai syarat tambahan atas panduan pemasangan pemancar telekomunikasi atas bumbung (roof top) yang disediakan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) ?

(b) Apakah tindakan yang akan diambil atas syarikat telekomunikasi yang memasang alat pancaran atau menara telekomunikasi tanpa kelulusan Kerajaan Tempatan ?

(c) Berapakah permohonan pemasangan alat pancaran telekomunikasi di kawasan Simpang Pulai yang masih belum di luluskan.



Jawapan : YB Encik Su Keong Siong :
Buat masa ini, Kerajaan Negeri sedang berusaha untuk menseragamkan kepatuhan syarat-syarat yang telah dikeluarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Kesemua menara yang dibina hendaklah mematuhi garis panduan yang dikeluarkan oleh SKMM.

Bermula dari tahun 2005, semua menara dan struktur pemancar di Perak telah melalui program pemutihan iaitu menara yang tidak mematuhi syarat telah dikenalpasti dan syarikat telekomunikasi yang berkenaan akan diminta untuk mengemukakan permohonan permit kepada Pihak Berkuasa Tempatan dengan mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh SKMM. Sekiranya arahan ini tidak dipatuhi dalam tempoh yang ditetapkan, PBT akan mengeluarkan notis dan arahan meroboh ke atas menara tersebut.

Bagi kawasan Simpang Pulai, sehingga kini terdapat lima (5) buah menara yang masih belum diluluskan sepenuhnya iaitu empat (4) menara masih berstatus lulus bersyarat dan satu (1) menara masih dalam pembinaan.

No comments: